LCD


Friday 26 August 2011

bila hati pernah terluka.....


1000000 kali cdey...


Apabila kita bercerita pasal kesedihan ni berbagai-bagai cara kita bersedih kan, dan berbagai-bagai perkara pula yang orang lakukan kepada kita hingga membuatkan kita tersangat sedih dengan perbuatan mereka… yang kadang-kadang tu tak masuk akal malah langsung tidak mempunyai rasa belas dan kesihan sesama manusia…
Tidak terdetik pun dihati mereka, mungkin kita ni akan teramat kecewa ke… atau mungkin kita akan amat berkecil hati dengan perbuatannya. Malah, bila dia rasa dia nak buat apa-apa, dia buat je lah… tak fikir pun kat kita yang juga punya hati dan perasaan.
Mentang-mentanglah kita dah sayang, kita dah cintakan dia… dia fikir, dia boleh buat apa saja! BIl kita buat kat dia juga, tahu pulak marah dia…
Whatever it is, sebenarnya, setiap kali kita bersedih, 100 KALI LAGI keluarga terdekat kita turut bersedih. Ibu dan bapa kita…adik-beradik, malah kawan-kawan dan teman karib juga ikut bersedih. Sometimes, dalam diam dan tanpa pengetahuan kita…insan-insan terdekat kita inilah yang amat sedih dengan kegagalan kita.
  • Ini selalu berlaku, apabila mereka  benar-benar menyayangi kita, jadi sudah pastinya mereka akan turut bersedih. Sebab itulah, sekiranya kita bercinta dan berkahwin, JANGAN sesekali pinggirkan mereka yang menyayangi kita jauh dari kehidupan kita.
Sekiranya kita berjauhan dari mereka, bukan mereka yang akan 100 kali sedih, kita pulak yang akan beratus-ratus kali sedih apabila kita dihina, dicerca, dikecewakan, apatah lagi ditinggalkan! Lebih-lebih lagi apabila kita keseorangan….fuuuu, sunyi giler hidup ini beb! Kepada siapa kita nak mengadu, nak melalui saat-saat paling down dan amat menyedihkan itu jika tiada siapa yang rapat dengan kita?
Kalau boleh, I would suggest 4 perkara… and this is very important ya, apabila mula bercinta tu, yang paling penting :-
  • 1. Sekiranya baru-baru bercinta, dekatkan dia kepada keluarga anda sedari awal. Jika itu tidak disukainya, maka jelaslah dia bukan calon yang baik. So, better avoid dari menjalin apa-apa hubungan kerana in the future, pasti… kesedihan yang amat sangat akan you akan lalui.
  • 2. Sedari awal, kenalkan dia kepada kawan-kawan, teman taulan, lihat cara pergaulannya. Adakah dia ikhlas mahu berkenalan dengan kawan-kawan anda. Dengan cara itu juga ianya akan mengelak diri anda dari mudah dipermainkan. Dapatlah mengelak dari melalui saat kesedihan…
  • 3. Bawa dia melawat saudara mara anda. Jika ada rumah terbuka, atau wedding… masa baru-baru berkenalan itulah, bawa dia bersama. Jika dia tidak segan dan selesa bergaul dengan kesemua kaum keluarga dan sanak saudara… InsyaAllah, sampai selepas kahwin pun dia akan sebegitu.
  • 4. Sekiranya anda berkahwin tetapi tidak pernah cuba untuk merapatkan dia dengan keluarga. Tidak terlewat lagi untuk mencuba. Ingatlah …100 kali sedih ni…adoi, kesian keluarga tau.
Well, life goes on…sedih beratus kali sedih pun we have to move on. Continue with our life’s kan…hopefully along the way kita bisa bertemu kebahagiaan yang sejati. But please la, jangan sesekali pinggirkan keluarga dan kawan-kawan yang selama ini menyokong kita….
“CINTA MEMBAWA MAKSUD MEMBINA SEBUAH KELUARGA… JIKA KEBAHAGIAAN KELUARGA YANG SEDIA ADA KITA SENDIRI HANCURKAN, SEDARI AWAL TIADA PUN CINTA UNTUK KITA BINA KAN”
Di sini I doakan you ALL semua semoga bahagia-bahagia selalu bersama atau tidak bersama insan tercinta. Kerana doa untuk kebahagiaan sesama manusia itulah satu doa yang sangat mulia di sisi Allah s.w.t
All the best and good luck!

Sunday 17 July 2011

thrilL.....

Bila bercakap pasal thrill ni…macam-macam thrill ada dalam kehidupan kita. Tapi since we are at  blog, for sure la I nak cakap pasal thrill dalam relationship la kan, hehe :)
1st of all, nak faham juga apa erti thrill ni kan, for some yang faham tu okeylah. Tapi, bagi mereka yang agak kurang faham, jom sama-sama kita cuba memahaminya…
thrill yang dimaksudkan adalah, “The undescribable feelings of excitement!” amacam? Boleh faham? Hehe…don’t worry, I pun tak berapa nak faham tu :))
Okey, for example, bila kita jatuh cinta…,
kita rasa tak boleh duk diam, tersengih sendirian, merindu giler kat dia, excited sangat nak jumpa, macam bila bersama dia, ada satu perasaan yang amat menggegarkan jiwa gitu haaa….. pernah rasa kan? Best sangat kan? Habis naik bulu roma… berdenyut-denyut habis seluruh anggota, bernafas pun tak lepas, sesak je haha!!  …well itu thrill! ;)
AKAN TETAPI…masalah yang muncul, adalah apabila rasa thrilling tu hilang. Aduhh…memang tak dapat nak repair, very hard! Macam, bila kita tengok dia pun kita rasa – seolah-olah tak ada rasa apa-apa fuhh…memang bahaya apabila perasaan keterujaan itu sudah hilang, ‘kethrillan’ itu habis… maka habislah sesebuah perhubungan itu…
“Itu yang I selalu sangat takut…you guys macamana? masih ada thrill?”
Some of us, selalu tidak sedar yang thrill sudah hilang, lalu masih ingatkan perhubungan you all still going strong. Sedangkan pasangan kita hanya berlakon saja, nak jaga hati. But the truth is…?? Cuba perhatikan, adakah dia masih excited to talk to you, masih teruja nak jumpa you? If not…maknanya dah tak da thrill lah tu :)
Ada macam-macam thrill, berbagai cara dan berbagai rasa dalam cinta :-
  • Tidak mahu komitmen juga kerana tidak mahu hilang thrill dalam relationship. Some of them, tak mahu kahwin, tidak mahu sebarang ikatan kerana apabila sahaja ada ikatan, rasa thrill tu akan hilang. Pelik tak?
  • They prefer, “just enjoy the moment – enjoy the ride” tengoklah kalau ada jodoh, ada lah. sebabnya untuk keep the thrill.
  • Pelik tak pelik, apabila berlaku curang kepada pasangan, memang rasa thrill habis bila dapat melayan yang lain hehe…
  • Menipu pasangan begitu thrilling sekali, bila nak-nak tertangkap pulak tu kan, rasa macam sempit ruang untuk bernafas hahaha!!
  • Bila ramai yang syok kat kita….wahhh teruja tu.
  • Bila apa sahaja yang kita cakap dapat membuatkan dia merasa ghairah…huhu baru cakap saja, belum jumpa, belum buat apa-apa. Memang thrill!
  • Dapat merasa seperti kembali bercinta macam masa-masa sekolah dulu wahhh…best!!
  • Bila ada yang memuja-muja kita, memuji-muji rambut kita, bermain-main dan membelai-belai rambut…thrill tak? :)
  • Bila ada yang baru kenal, yang kita interested tiba-tiba say “I sayang sangat kat you…” ….kita boleh tak balas, senyap je dan layan rasa thrill tu hahaha :)
  • Some of us, berlari-lari bila nampak laptop, tak sabar nak buka YM, nak chat dengan dia yang probably ada online…bukak-bukak, aduuuhh offline pulak, thrill jugak tu haha!!
  • Bila tackle-tackle tak dapat… “CIS!!…geram aku!” hehehe…thrill tuuu tak dapat yang kita pikat. Buat kita lagi nak pikat dia.
  • Milik orang, jatuh cinta dengan kita thrill tak? Uuhhh bahaya…tapi memang thrilling!
  • Bila kita keluar dengan pasangan kita, tiba-tiba ada pulak yang datang dari belakang dan pegang tangan kita sedangkan tangan kita lagi satu memegang tangan pasangan kita, uhhhh…takut, teruja, ngeri….tapi exciting giler!
  • Blind date? scary!!…but thrill giler. So exciting kan bila kita wondering je macamana la rupa dia yang sebenar.
  • Berchatting saban hari, saban malam…tapi tak jumpa-jumpa, tak kenal-kenal…tapi bila chat tu kemain lagi, macam dah 10 tahun bercinta :P …bayangkan tiba-tiba, esok ni adalah hari kita akan bertemu fuuuuuhhhhh……CRAZY!
Hehehe…I get thrilling only by talking about it! :D
Well, to me all this adalah “The thrill of a lifetime” pengalaman yang tak dapat kita lupakan dalam hidup kita. Malah, jika kita selalu merasa thrill, wajah kita juga turut kelihatan begitu ceria sekali, ketrampilan kita juga akan bertambah menarik sehingga mengundang begitu banyak cinta!
Jadi kita kena ada thrill selalu, kena ceria. SEKIRANYA kita asyik fikirkan kegagalan, kekecewaan. Kita selalu bermasam durja, selalu marah, wajah kita seperti bermasalah je, kita tidak akan menjadi penarik kepada happiness, malah kita akan bertambah-tambah lagi gagal!
I hope I can never lose it, the feelings, the experience, the thrilling of it. Sedihnya, apabila terikat, bercinta, bertunang, berkahwin… semua ini hanya tinggal kenangan, tiada lagi kehangatan, tiada lagi semangat untuk berlari menjawab handphone, tiada lagi beriya-iya membuka chat space, tiada lagi mahu keluar enjoying the moment…tiada lagi thrill, kalau ada pun hanya dengan orang baru, MENGAPA? Hanya Tuhan saja yang tahu…
We can try to keep the faith, try to keep the thrill and hope for the best! But for now,“Let’s us shut up and drive!” ;)

Friday 15 July 2011

""jangan sampai terlekat pancing""


Begitulah perumpamaan yang terbaik boleh Eyna berikan!Mesti you all tertanya-tanya ni kan, apa benda la terlekat pancing ni kan hehe…
  • Senang je kalau nak faham tu…cuba bayang sekejap bagaimana kalau bibir anda tu terlekat pancing yang dikail orang? Haaaa..
Ada orang kata, bagai lembu yang ditarik hidungnya… tapi, to me itu nampak macam sama tapi tak serupa lah. Lembu dia KENA tarik…jadi kalau manusia KENA tarik itu kira macam terpaksa! Tapi bila ikan, kena pancing dia disebabkan ada umpan yang menarik ikan tu sehingga tersangkut dan melekat dipancing haaa… memang ikan tu NAK lah hehe…
Can see clearly now the picture? :)
So, jika manusia pula sememangnya apabila dipancing tu dia memang berminat dan cukup-cukup interested dengan orang tu. CUMA masalahnya orang ni hanyalah memberi harapan palsu! Hehe…ada terasa bahang tak sikit-sikit ;)
Adakah anda berada di dalam situasi ini? Mesti punya :-
Sit 1 : Seorang lelaki, jawab pada girl yang sudah lama meminatinya,
  • “I suka kat you, I rasa selesa dengan you…sometimes bila kita berada jauh I sangat rindu kat you. Dan bila kita bersama, I rasa happy sangat…TAPI, buat masa sekarang I tak boleh nak couple dengan you, I tak berani nak pilih!”
->   Sedarlah yang anda telah terlekat pancing! Hentikan niat dan harapan anda untuk bersamanya, itu hanya harapan palsu. Sememangnya, betul dan benar sekali dia feel macam tu kat you tetapi, TAK BOLEH NAK COUPLE tu, bukan hanya buat masa sekarang tetapi sebenarnya BUAT SAMPAI BILA-BILA!
Sit 2 :  Seorang wanita, beritahu pada lelaki ni yang sudah lama ingin memilikinya,
  • “I sayang persahabatan kita, dan I sangat suka kat you…you pun dan beri macam-macam kat I, TAPI I tak boleh buat keputusan untuk bercinta dengan you lagi sebab I juga sayangkan kekasih I, I hope you sabar menanti!”
->   Sedarlah yang anda telah terlekat pancing! Stop menaruh harapan beb, dia takan jadi milik you sampai bila-bila pun you tunggu. Sekarang ni you hanya dijadikan sebagai, kalau team bolasepak, ‘Barisan Pelapis’ hahaha…adoi! :) …kira, kalau dah habis semua orang yang dia suka, dia tak dapat mungkin you akan dipertimbangkan la.
Sit 3 : Seorang lelaki, dengan sedih dan penuh tangisan berkata pada girl yang sudah bertahun-tahun menanti untuk berkahwin dengan nya,
  • “I sayang you beb…serius, I suka dengan keperibadian you. You pun dah banyak bantu I, I appreciate sangat. TAPI, buat masa sekarang I tak boleh nak berjanji apa-apa lagi…I pun rasa sedih sangat. Bagi lah masa setahun lagi!”
- >   Lepas setahun-setahun lah tu beb, sedarlah yang anda sudah terlekat pancing! Siapa-siapa pun lah kalau dah ada green light untuk kahwin, takkan ada siapa yang sanggup tunggu lama-lama punya beb. Sanggup bergadai punya! :)
Sit 4 : Seorang lelaki dengan penuh gentlement konon, memberitahu wanita yang telah meluahkan rasa cintanya pada lelaki itu,
  • “Terimakasih kerana menyintai I, I sangat-sangat hargainya. You memang seorang wanita yang terbaik pernah I jumpa. You juga sangat memahami jiwa I. Apa I suka dan tak suka semua you faham sangat. Sampai ada apa saja masalah dan pendapat mesti I tanya you kan. TETAPI, I ni bukan lelaki yang baik untuk you, itu yang I tak boleh nak buat keputusan lagi kerana I taut you berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari I…tetapi jika you sanggup tunggu, I akan selami jiwa I ni untuk you SUATU HARI NANTI”
->    Hehehe… dah berzaman, 5, 8, 10 tahun tak ada apa-apa progress pun kan, macam gitu jugaklah. At the end, you juga yang jadi anak dara tua, hingga dah tak ada siapa lagi yang berminat. And you pulak tak ada choice kena tunggu lah dia sampai bila-bila…Sedarlah anda telah TERLEKAT PANCING!
Pastinya anda semua wondering kan why dia buat macam tu dan beri kata-kata manis-manis begitu jika dia tak mahu kan kita? Mengapa cakap sayang, mengapa suruh tunggu? Kalau betul-betul ada yang lain? Soalan lazim la tu…
Jawapannya,
  “Memuji, berkata sayang, suruh tunggu, ITULAH UMPANNYA…sebab untuk pancing ikan kena la bagi umpan, agar anda terus melekat dan menanti, in case tak da yang lebih baik atau, saja-saja untuk buat tempat melepas boring, teman malam, atau saja-saja ingin mempergunakan anda buat sementara waktu. The truth is… tersangat ramai lagi yang menjadi pilihan hatinya sedang menunggu!! …you ingat you je ke? Wake up bebeh! Wake up!
Ask yourself today…setelah sekian lama menanti, logik ke dia masih tidak boleh memberi keputusan untuk couple? Setelah bertahun-tahun berkenalan, berkawan…tak boleh nak bagi tarikh yang tepat untuk bercinta? Hello…ini manusia ni cakap kat dia!Bukan untuk dipermainkan! :oops:
  • Sesiapa pun, kalau betul-betul berminat dan serius untuk bercinta, tak ada nak tunggu lama-lama beb. Tengok you sendiri sudah la kan…
My simple advise,
  • BE CLEVER, and Get out of that situations RIGHT NOW! Tak perlu nak fikir apa-apa lagi, tak perlu nak tanya itu dan ini lagi, sebab tak ada orang nak kesihan kan you jika you terus tertanya-tanya,“Boleh ke? Lepas tu nak tinggal lah ni? Nak buat macamana ni?”
  • “BELAH JE LA BEB!”
  • Sudah lama anda dipergunakan dalam cinta yang hanya khayalan semata-mata, hanya impian palsu… sudah berkurun lamanya anda tersangkut buta!! Jika benar dia nak, lepas you belah dia akan gelabah dan terus nak bercinta dan berkahwin. Kalau tak… hmm paham-paham je lah!! :p
Remember, setiap orang pasti ada jodoh dari Tuhan sekiranya anda redha dengan siapa saja yang hadir tanpa dirancang. Berikan peluang untuk diri anda mengenal, siapa tahu… “Anak itik yang hitam berubah bila besar menjadi angsa yang putih dan menawan?” …no harm in trying. Give it a try rather than waiting with empty promises!

Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!”


Persoalan berat kaum wanita sedari dulu hingga sekarang…akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… jadi minggu ini Eyna ingin cuba menyedarkan dan membuka mata mereka agar mereka terselamat dari terbelenggu lagi. Eyna mulakan dengan soalan …
“Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada kekasihnya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?”
Jawapannya adalah Kerana :-
  • =    Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu
  •  Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai
  •  Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini
  •  Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them.
  •  Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik
Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :-
  •  Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu.
  •  Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal
  •  Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka.
  •  Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda.
  •  Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on!
  •  Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya!
 Sedarlah, Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!” kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan. Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan. Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah!
   Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH!   Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir…tetapi lelaki yang buat ni, like I said, “It’s like a drug” - Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi!
Anda tanya pula, “Kalau tak suka, dan nak ada awek lain mengapa tak putuskan saja hubungan dangan anda?
  •  Dadah beb…faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la… that’s why wanita kena faham sifat kegilaan ini.
TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah ;) …Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day… ANDA TETAP DIKECEWAKAN!
Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat… JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu!  Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!”

lost in love


Dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita akan banyak menempuh kekalahan dari kemenangan. Betul tak?
Sometimes, kita cuba dan cuba lagi tetapi kekalahan dan kegagalan juga yang kita terima. Dalam kehidupan bercinta, lagi lah sama… lagi banyak KALAH BERCINTA dari menang. Malah berbagai cara kita cuba untuk bahagia dalam cinta, tetapi kekecewaan juga yang kita dapat. Kecurangan juga yang kita kena tempuhi. Pembohongan dan terpedaya juga yang selalu kita alami…
  •   I’m not saying it’s good…I’m just saying, IT’S OK to lose in love!
Kalah sekali dua, apa ada hal… no hal punya. Eyna sendiri pernah kalah dalam cinta, tak terkira banyak kalinya. Tetapi, ianya tidak menghalang Eyna untuk terus percaya akan ada cinta untuk saya suatu hari nanti. Dan eyna tidak pernah putus asa…Cuma, apabila kalah atau gagal… cuba jangan ulang mistake yang sama. Try to be better and make that changed!
Kadang-kadang tu kita kena tempuhi berbagai rintangan dan halangan untuk kita lebih tabah dan lebih memahami erti kehidupan dalam percintaan yang sebenar. Dan selepas bersusah payah sekian lama, akhirnya kita dapat mengecapi cinta yang sebenar-benarnya cinta,  maka ketika itulah kita akan amat menghargainya.
  So, that’s why it’s okay to lose,.. Itu satu kenikmatan dari Allah sebenarnya,    especially kepada umatnya yang sabar dan redha dengan takdir … mengaku kalah dan berundur, apa salahnya?
  •   Jika benar dia bukan untuk kita,  jika perpisahan itulah yang perlu kita tempuh… it’s okay, kita berundur dan mengaku kalah…redhakan lah dia pergi dan bahagia dengan pilihannya… Anggaplah saja dia memang bukan milik kita dari mula dulu lagi…
  •   Kalah Bercinta hari ini, bukan bermaksud selama-lamanya kita kalah kerana pasti suatu hari nanti  kita akan mendapat kemenangan dalam cinta jua.
  •   Selalunya, jika kita sabar dan tidak menyalahkan kepada takdir atau keadaan, InsyaAllah kita akan dianugerahkan dengan seseorang yang tiada ternilai baik dan hebatnya. Namun untuk mencari kesabaran itu bukanlah mudah. Untuk bertahan amatlah susah, tetapi ia boleh dilakukan. What we need… is to BELIEVE!
Akhir kata, satu pesanan penting dari eyna untuk anda :
Fahamilah… apabila kita tewas dalam cinta, jangan berhenti berdoa kepada Tuhan untuk mencapai apa yang dihajatkan. Jika setiap doa kita tidak dimakbulkan, setiap hajat dan permintaan kepada Allah s.w.t sekian lama, tidak ditunaikan, itu sebenarnya bermaksud …
Allah sayangkan kita… Dia rindukan kita untuk selalu menyebut namanya. Kalau sekali berdoa terus dapat jodoh dan terus bahagia… mungkin kita tidak akan hargai pemberian itu malah terus melupakan Tuhan yang Maha Esa. Jadi, teruskan lah berdoa kepadaNya setiap masa. InsyaAllah, suatu hari nanti pencarian kita akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang sejati.

Wednesday 29 June 2011

you BLAME CINTA

Kejayaan dalam cinta adalah milik ANDA! Bukan milik sesiapa… anda yang mencoraknya, anda yang membuat keputusannya, anda juga yang menjayakan atau menggagalkannya. BUKAN orang lain!
Jika kita asyik, menyalahkan orang… tidak menangani apa sebenarnya masalah di dalam perhubungan kita maka… sampai-sampai bila-bila kita tidak akan berjaya, jauh sekali untuk bahagia.
  • Bila wanita dicurangi, LELAKI SALAH! Sebab lelaki tak pernah puas…
  • Bila lelaki dipermainkan WANITA SALAH sebab wanita hanya suka mempergunakan lelaki…
  • Bila wanita ditinggalkan, LELAKI SALAH, sebab mahu wanita lain…
  • Bila cinta lelaki ditolak, WANITA SALAH, sebab wanita mata duitan dan hanya mahu lelaki berharta
Sampai bila nak menyalahkan orang? Tidakkah anda yang memilih mereka? Bukankah anda yang membuat keputusan untuk bersamanya? Jadi, terimalah akibatnya. Jangan asyik nak persalahkan kaum lelaki, mau pun wanita.
  • “lelaki susah nak faham lah…lelaki complicated lah”
  • “Wanita hanya pandang harta lah… wanita tak pandai jaga lah”
Anda yang degil…dan berlagak pandai memilih jalan sendiri, pandai-pandai pilih pasangan sendiri “Siapa suruh you pilih dia?”… At least, tanyalah pendapat keluarga atau sahabat handai dulu…
  • Bila kawan-kawan nasihat, tak nak dengar. Ada buku-buku panduan cinta, tak nak baca. Ada tip-tip dan artikel motivasi cinta… anda herdek, cemuhkan dan permain-mainkan.
  • At the end, untuk menutup malu dan tidak mahu merasa gagal…lalu ANDA SALAHKAN ORANG! Itulah sifat orang yang kurang terpelajar dan tidak bertamaddun.
Ini I cakap ni, bukan pembaca di blog eyna or  page la, ni orang luar la ni, yang I cakap hehehe… my followers semua bagus-bagus belaka. =)
WELL, bottom line is…sekiranya kita berpeluang mengetahui sesuatu yang baru tentang perhubungan cinta, tip cinta, penyelesaian untuk persoalan cinta… tidak salah untuk kita mencuba dan melihat keberkesanannya. Sekiranya kita dapat apa-apa nasihat, well… try it out. Who knows ianya akan lebih membantu anda nanti, kan.
Jangan cepat melatah dan membantah…serta menyalahkan sesiapa sebab, orang yang memberi dan berkongsi pengalaman mereka, TIDAK PERNAH RUGI! …Yang rugi adalah ANDA dan mereka yang degil serta bodoh sombong!
Jangan salahkan cinta, jangan salahkan sesiapa sebaliknya… fikirkan cara untuk mengatasinya.
  • Jika ada yang memberi nasihat dan menyuruh anda keluar dari perhubungan itu, MESTI ada sebab-sebab penting yang mereka nampak dan anda tidak nampak. Jadi, pertimbangkan!
  • Jika ada yang memberi pendapat tentang perhubungan cinta anda, dan pendapatnya agak tidak selesa. Well, take a good look why kawan atau kenalan anda memberi pendapat itu.
  • Sekiranya anda merasa sesuatu dan semacam tidak kena, dapatkan nasihat dari keluarga anda dan pertimbangkan betul-betul. Jangan berkeras dengan pendirian anda saja…
  • Sekiranya sesiapa saja mencadangkan sesuatu yang mungkin boleh membantu anda dalam perhubungan cinta anda, cuba lah cadangannya itu, atau fikirkan dan bayangkan jika ianya dilaksanakan. Jangan cepat mengatakan ‘tak boleh’ ‘tak bagus’ kerana, belum cuba belum tahu
Basically, when people gives in, it’s either you take it and try it or…you can just ignore it. Bertindak atau tengok saja… it’s all up to you. Kerana yang untung you…yang rugi pun you. Jadi like I said earlier, “Yang menjayakan dan menggagalkan adalah you!”
YES! MEMANG, adalah lebih mudah membiarkan kita rasa yang everything is great! …daripada :-
  • Membiarkan kita face realiti yang SEBENARNYA, Cinta itu TIADA!
  • Atau mengaku kita tidak pandai menjaga pasangan kita.
  • Atau menyedari diri kita sememangnya bodoh dan senang dipermainkan.
  • Malah jauh sekali untuk menyalahkan diri sendiri!
It’s hard! I know… Tetapi, realiti adalah realiti. Deal with it babe! Kalau tak faham…BELAJAR MEMAHAMINYA! Kalau tak pandai nak jaga pasangan,… BERUSAHA MEMPELAJARINYA… kalau masih gagal… BERUSAHA MENGATASINYA!
You DON’T BLAME CINTA, you don’t blame anyone else. BLAME YOU! and Pick yourselves UP AND WORK IT OUT!!